15 Sept 2015

Bengkel Penulisan OKU

Aktiviti
Bengkel Penulisan Kavyan
(Bengkel Penulisan OKU)

Penganjur Bersama

Tarikh
31 Oktober 2015 (Sabtu)

Masa
9:00 pagi – 4:30 petang

Tempat
ICC, Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
(Berdekatan Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB)

Pengenalan
Sejak diasaskan pada 1999, Kavyan aktif mengendalikan siri bengkel penulisan di seluruh negara. Kini, selaras dengan usaha kerjasama Kavyan-ICC, suatu bengkel penulisan akan dianjurkan di dewan ICC. Selain daripada mempelajari teknik dan selok-belok penulisan, peserta juga berpeluang mengetahui pelbagai aktiviti anjuran ICC. Memandangkan Brickfields merupakan pusat tumpuan Orang Kurang Upaya (OKU) – khususnya cacat penglihatan – maka golongan OKU dipelawa menyertai bengkel ini. Baca juga: Membimbing Penulis OKU (The Malaysian Insider, 1 September 2015)

Objektif
1 Melahirkan penulis kreatif (cerpen, puisi)
2 Melahirkan penulis non-kreatif (esei, berita)
3 Mewujudkan perpaduan antara penulis daripada pelbagai latar belakang
4 Memperkenalkan ICC dan aktivitinya kepada golongan penulis

Peserta
Sekitar 20-30 peserta yang berminat mendalami teknik menghasilkan karya kreatif (pantun, sajak, cerpen) dan non-kreatif (rencana, berita). Golongan OKU (cacat penglihatan, cacat anggota dan sebagainya) juga diundang mengambil bahagian.

Yuran Penyertaan
Peserta dikenakan yuran penyertaan RM10.00 seorang. Yuran perlu dibayar sebelum mengisi borang penyertaan. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan jika peserta gagal hadir. Nombor akaun bank boleh dirujuk pada borang penyertaan. Peserta OKU dikecualikan yuran penyertaan.

Borang Pendaftaran
Setiap individu yang ingin menyertai bengkel ini perlu menjelaskan yuran pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran [KLIK DI SINI]. Pengesahan akan dibuat oleh penganjur bagi setiap borang yang diterima.

Tarikh Tutup
Yuran perlu dibayar dan borang penyertaan perlu diisi selewat-lewatnya pada 21 Oktober 2015.

Pembimbing
Uthaya Sankar SB merupakan penulis yang prolifik sejak 1992. Selain berpengalaman luas dalam bidang penyiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta menjadi pensyarah di beberapa kolej swasta, Uthaya juga aktif mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak 1993.

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia manakala sesi melibatkan wakil ICC menggunakan Bahasa Inggeris.

Atur Cara
Berikut rangka atur cara:

9:00 pagi
Ketibaan peserta

9:30 pagi
Ucapan Pengarah ICC (Bahasa Inggeris)
Para peserta memperkenalkan diri

10:00 pagi
Sesi 1: Pantun dan Sajak

11:30 pagi
Sesi 2: Cerpen

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat

2:00 petang
Sesi 3: Berita, Rencana

3:30 petang
Demonstrasi kathak dan yoga oleh wakil ICC (Bahasa Inggeris)

Maklumat Lanjut
Sila hubungi talian 016-3288142 atau mesej Facebook atau kirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my sebelum 21 Oktober 2015 jika ada sebarang pertanyaan. Harap maklum bahawa SMS tidak dibalas. Panggilan telefon pada 30-31 Oktober 2015 untuk bertanya panduan jalan juga tidak akan dilayan.

Penutup
Bengkel ini boleh menjadi asas kepada usaha mencungkil bakat penulis baharu daripada kalangan masyarakat pelbagai kaun dan budaya di Malaysia; termasuk golongan OKU. Bengkel ini juga membuka peluang untuk mengenali ICC secara lebih dekat.

[Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 15 September 2015 hasil perbincangan pada 14 dan 28 Ogos 2015]