Unit Akademik Karangkraf menganjurkan “Bengkel Penulisan Cerpen Remaja e@siswa & Fokus SPM” pada 16 & 17 Mac 2010 di Akademi Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Seksyen 15, Shah Alam..
Para peserta akan dibimbing oleh penulis prolifik, Salina Ibrahim yang sudah menghasilkan lapan novel serta giat mengendalikan bengkel-bengkel penulisan untuk remaja dan golongan profesional.
.
Penyertaan terbuka kepada pelajar berumur 13-17 tahun sahaja dan terhad bagi 30 peserta yang membuat pendaftaran awal.
.
Yuran pendaftaran RM60.00 dikenakan bagi menampung kos makan-minum dua hari, sijil penyertaan dan alat tulis. Para peserta juga dijadual dibawa melihat proses penerbitan di semua peringkat secara menyeluruh di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
.
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) bersedia menaja yuran pendaftaran bagi dua (2) peserta kaum India yang berminat menyertai bengkel ini.
.
Individu yang berminat perlu menghubungi pihak Kavyan melalui e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau 012-3368142 sebelum 28 Februari 2010 untuk maklumat lanjut. Dua peserta yang terpilih akan dimaklumkan pada 1 Mac 2010. [Nota - Nombor telefon mulai 17 Mac 2010: 016-3288142]
No comments:
Post a Comment