28 Mar 2017

Program Kepimpinan Remaja


Program ini dirancang khusus bagi pelajar berumur 14-17 tahun di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Tarikh: 16 April 2017 (Ahad)
Masa: 3.00 – 5.00 petang
Tempat: Pusat Komuniti Sosial, Jalan Tokoh 25/28
Tarikh tutup penyertaan: 10 April 2017


Acara akan dijalankan secara bulanan bagi mencungkil bakat terpendam dalam kalangan remaja, khususnya dalam bidang kepimpinan, kaunseling, seni, budaya, lakonan, permainan tradisional dan seumpamanya.

Sijil akan diberikan bagi setiap program yang disertai. Sijil ini membawa markah kokurikulum untuk pelajar.

Keutamaan diberi kepada pelajar kaum India yang kurang cemerlang dalam akademik. Remaja lain juga boleh terlibat jika berminat.


Program Kepimpinan Remaja ini anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) dengan kerjasama Ahli Majlis Taman Sri Muda, Puan Ruthira Surasan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 (Taman Sri Muda), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). [Program laluPenghayatan Bahasa dan Sastera]

Pelajar dan remaja yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Puan Prabhawathy Govindarajoo (Setiausaha Insaniah) atau Uthaya Sankar SB (Presiden Kavyan). Hubungi 016-3288142 atau infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.