3 Dec 2016

Gotong-royong di Aulong Lama

Projek
Projek Komuniti Kavyan

Program
Gotong-royong di Dewan Sangam
Permainan Tradisional
Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Kavyan

 

Tarikh
17 Disember 2016 (Sabtu)

Masa
2:00 – 6:00 petang

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)
Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA Malaysia)

Dengan Sokongan
Para Penyumbang Budiman

Pengenalan
Semasa Hari Keluarga Komuniti India (3 Jun 2016), antara perkara yang dinyatakan adalah keperluan tempat untuk penduduk (kanak-kanak, remaja dan belia) bermain. Perkara sama turut diketengahkan semasa pertemuan dengan sekumpulan pemimpin komuniti dan wakil penduduk pada 31 Oktober 2016.

Semasa Program Pembimbing Rakan Sebaya (26 November 2016), Kavyan mencadangkan supaya tapak/gelanggang badminton yang terabai di halaman Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Dewan Sangam) dibersihkan untuk dijadikan tempat/gelanggang permainan.

Turut dicadangkan adalah acara gotong-royong bagi membersihkan halaman Dewan Sangam, serta mencantikkannya dengan menanam pokok bunga. Cadangan ini turut dikemukakan semasa majlis penyerahan borang Tabung Kebajikan Kavyan di Dewan Sangam (27 November 2016).

Kedua-dua cadangan Kavyan mendapat sokongan dan sambutan AJK Sangam dan orang ramai (penduduk). Maka, keputusan diambil untuk mengadakan satu majlis yang menggabungkan aktiviti gotong-royong, permainan di gelanggang badminton, dan penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Kavyan.

Jawatankuasa Penyelaras
Program dirancang dan dikendalikan oleh Kavyan dengan kerjasama padu AJK Sangam (peserta Program Latihan Kepimpinan), peserta Program Pembimbing Rakan Sebaya, peserta Bengkel Memperkasakan Wanita, dan sukarelawan. Orang ramai (penduduk) diminta membawa peralatan yang perlu bagi program gotong-royong, manakala beberapa remaja ditugaskan menguruskan sesi permainan.

Atur Cara
Rangka atur cara program adalah seperti berikut:

1:00 petang
Ketibaan Jawatankuasa Penyelaras (Kavyan dan Sangam)

1:30 petang
Ketibaan orang ramai
Pendaftaran peserta program gotong-royong
Pendaftaran peserta permainan tradisional
Pendaftaran penerima Tabung Kebajikan Kavyan (murid/pelajar)

2:00 petang
Program gotong-royong
Membaik pulih gelanggang badminton
Membersihkan halaman Dewan Sangam
Menanam pokok bunga di halaman Dewan Sangam

3:30 petang
Permainan tradisional
(Diselaraskan oleh peserta Program PRS)

4:30 petang
Minum petang
Ucapan wakil Sangam
Ucapan wakil Kavyan
Memperkenalkan Insaniah
Perancangan aktiviti tahun 2017
Penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Kavyan
(Pembelian pakaian seragam, kasut dan stokin pada 18 Disember 2016)
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai

Penutup
Program ini merupakan penutup kepada Projek Komuniti Kavyan di Taiping, Perak bagi tahun 2016. Sekiranya mendapat sambutan, kerjasama, sokongan dan komitmen orang ramai (penduduk), maka program bulanan akan diteruskan di sini sepanjang tahun 2017; dengan sokongan para penyumbang budiman.