
.
Setiausaha Kavyan, G Prabhawathy berkata, bengkel yang diadakan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandar Raya, di sini.
.
“Peserta akan menerima bimbingan daripada Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB mengenai cara menghasilkan manuskrip cerpen mengikut format yang ditetapkan bagi akhbar dan majalah arus perdana.
.
“Bimbingan juga meliputi cara mengolah idea menjadi bahan cerita yang menarik dan sesuai diterbitkan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
.
Individu berumur 15 tahun ke atas dipelawa melayari [KLIK DI SINI] untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel ini.
..
(Sinar Harian edisi Selangor & Kuala Lumpur, 3 November 2010)
No comments:
Post a Comment