Tuesday, 26 October 2010

Bengkel Penulisan Cerpen Kaum India

Nota awal: Tiada sebarang unsur perkauman di sini.
.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan mengadakan Bengkel Penulisan Cerpen khusus bagi penulis kaum India yang berminat mempelajari serta menghasilkan cerpen Bahasa Malaysia.

..

Bengkel tiga hari ini akan dikendalikan pada Februari 2011 tetapi individu yang berminat perlu mendaftar awal kerana penyertaan dihadkan kepada maksimum 20 orang.

.

DBP akan menyediakan surat pelepasan kepada peserta yang diterima mengikuti bengkel ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Tempat tinggal dan makanan ditanggung DBP.

.

Pada akhir bengkel, peserta mesti menyerahkan manuskrip sekurang-kurangnya sebuah cerpen untuk diterbitkan, sama ada di majalah atau dalam bentuk antologi.

.

Tarikh akhir pengesahan penyertaan adalah pada 30 November 2010. Maklumat terperinci boleh diperoleh dengan menghubungi uthayasb@yahoo.com.my atau talian 016-3288142.

.

Tambahan: Sila KLIK DI SINI untuk maklumat Bengkel Sehari Penulisan Cerpen yang dijadualkan pada 21 November 2010.

No comments: