13 Apr 2026

Projek Antologi 5 Sasterawan Kavyan

(bukan kulit sebenar)

Pengenalan

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengusahakan penerbitan antologi karya penulis pelbagai kaum, khasnya Sasterawan Kavyan iaitu penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Antologi yang berjaya diterbitkan ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022), dan Seruling Malam (2024).

 

Antologi Lima Penulis

Bagi tahun 2026, Kavyan mengusahakan sebuah antologi cerpen oleh lima Sasterawan Kavyan yang dikenal pasti masih aktif dan prolifik. Sila klik pada nama penulis untuk biodata lengkap:

 

Nama Penulis

Telefon @ WhatsApp

Anuradha Chelliah

019-6737275

Kamalah Suppiah

012-4010463

M. Mahendran

016-9612085

Malini Lakshmi Bai

016-9007630

Uthaya Sankar SB

011-11411952

 

Kandungan Antologi

Antologi ini dijangka memuatkan 20 buah cerpen, iaitu setiap penulis menyumbangkan empat buah cerpen. Cerpen-cerpen ini belum pernah terbit dalam bentuk buku. Ada cerpen yang pernah disiarkan di akhbar, majalah, atau portal; malah penulis menghasilkan cerpen baharu khusus untuk antologi ini.

 

Kos Penerbitan

Antologi ini akan diterbitkan di bawah Kavyan. Setiap penulis berusaha mencari sumbangan bagi menampung sebahagian kos mencetak buku. Nama para penyumbang disenaraikan dalam buku dan dipaparkan di blog Kavyan. Para penulis menampung baki kos penerbitan.

 

Jumlah Sumbangan

Orang ramai dipelawa memberi sumbangan secara terus kepada penulis yang terlibat dalam projek penerbitan antologi ini. Sila rujuk nombor telefon pada jadual di atas. Para penyumbang akan menerima antologi ini apabila buku terbit. Kiriman/penyerahan buku kepada penyumbang diuruskan oleh penulis yang menerima sumbangan itu.

 

Jumlah Sumbangan

Jumlah Buku (Hadiah)

RM50

1 buku

RM100

4 buku

RM200

10 buku

RM500

30 buku

 

Jadual dan Garis Masa Penerbitan

Hasil perbincangan pada 13 April 2026, berikut garis masa (timeline) bagi mengusahakan penerbitan antologi cerpen ini.

 

Tarikh

Perkara

13 April 2026

Memulakan promosi dan usaha mencari penyumbang

Mei 2026

Sesi perbincangan penulis (dibuat dari semasa ke semasa)

31 Mei 2026

Serah Cerpen Pertama

30 Jun 2026

Serah Cerpen Kedua

31 Julai 2026

Serah Cerpen Ketiga

31 Ogos 2026

Serah Cerpen Keempat

31 Ogos 2026

Tarikh akhir menerima sumbangan

September 2026

Urusan reka letak dan reka kulit buku, serta baca pruf

Oktober 2026

Buku terbit dan penulis menguruskan kiriman naskhah kepada para penyumbang

 

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan penulis terbabit (rujuk jadual nama di atas).