Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengusahakan penerbitan
antologi karya penulis pelbagai kaum, khasnya Sasterawan Kavyan iaitu penulis kaum
India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Antologi yang berjaya
diterbitkan ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020), Peluru
Aksara (2020), Lakaran
Diri (2022), dan Seruling
Malam (2024).
Antologi Lima Penulis
Bagi tahun
2026, Kavyan mengusahakan sebuah antologi cerpen oleh lima Sasterawan Kavyan
yang dikenal pasti masih aktif dan prolifik. Sila klik pada nama penulis untuk
biodata lengkap:
|
Nama Penulis |
Telefon
@ WhatsApp |
|
019-6737275 |
|
|
012-4010463 |
|
|
016-9612085 |
|
|
016-9007630 |
|
|
011-11411952 |
Kandungan Antologi
Antologi
ini dijangka memuatkan 20 buah cerpen, iaitu setiap penulis
menyumbangkan empat buah cerpen. Cerpen-cerpen ini belum pernah terbit dalam
bentuk buku. Ada cerpen yang pernah disiarkan di akhbar, majalah, atau portal;
malah penulis menghasilkan cerpen baharu khusus untuk antologi ini.
Kos Penerbitan
Antologi
ini akan diterbitkan di bawah Kavyan. Setiap penulis berusaha mencari sumbangan
bagi menampung sebahagian kos mencetak buku. Nama para penyumbang disenaraikan
dalam buku dan dipaparkan di blog Kavyan. Para penulis menampung baki kos
penerbitan.
Jumlah Sumbangan
Orang ramai
dipelawa memberi sumbangan secara terus kepada penulis yang terlibat dalam
projek penerbitan antologi ini. Sila rujuk nombor telefon pada jadual di atas. Para
penyumbang akan menerima antologi ini apabila buku terbit. Kiriman/penyerahan
buku kepada penyumbang diuruskan oleh penulis yang menerima sumbangan itu.
|
Jumlah Sumbangan |
Jumlah Buku (Hadiah) |
|
RM50 |
1 buku |
|
RM100 |
4 buku |
|
RM200 |
10 buku |
|
RM500 |
30 buku |
Jadual dan Garis Masa Penerbitan
Hasil perbincangan
pada 13 April 2026, berikut garis masa (timeline)
bagi mengusahakan penerbitan antologi cerpen ini.
|
Tarikh |
Perkara |
|
13 April 2026 |
Memulakan promosi dan usaha
mencari penyumbang |
|
Mei 2026 |
Sesi perbincangan penulis (dibuat
dari semasa ke semasa) |
|
31 Mei 2026 |
Serah Cerpen Pertama |
|
30 Jun 2026 |
Serah Cerpen Kedua |
|
31 Julai 2026 |
Serah Cerpen Ketiga |
|
31 Ogos 2026 |
Serah Cerpen Keempat |
|
31 Ogos 2026 |
Tarikh akhir menerima sumbangan |
|
September 2026 |
Urusan reka letak dan reka kulit
buku, serta baca pruf |
|
Oktober 2026 |
Buku terbit dan penulis menguruskan
kiriman naskhah kepada para penyumbang |
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Jika ada
sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan penulis terbabit (rujuk jadual
nama di atas).
