28 Feb 2017

Bicara Budaya Kaum India dan Tekad Politik MIC

Projek
Temasya Bahasa

Program
Bicara Budaya Kaum India dan Tekad Politik MIC

Pengenalan
Masyarakat pelbagai kaum, agama dan etnik di Malaysia mempunyai bahasa, budaya, sastera, seni, budaya dan jati diri masing-masing yang dibanggakan. Pada masa sama, dalam konteks masyarakat majmuk ini, langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk memupuk persefahaman, saling mengenali dan saling menghormati dengan meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi. Selaras peruntukan Perlembagaan Malaysia, bahasa kebangsaan merupakan medium terbaik untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sentiasa berusaha mendekati masyarakat pelbagai kaum untuk memupuk dan menggalakkan orang ramai berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Pendekatan terbaik adalah menerusi aktiviti berciri didik hibur, dialog, forum dan seumpamanya.

Rasional
Kaum India di Malaysia terdiri daripada keturunan Tamil, Telugu, Malayali, Punjabi dan beberapa minoriti lain. Rencana dan makalah berkaitan budaya kaum India di Malaysia lazimya ditulis menggunakan Bahasa Tamil dan sering tersiar dalam media Bahasa Tamil. Tulisan dalam Bahasa Inggeris – khususnya dari negara India sendiri – mungkin kurang mendapat tempat di hati masyarakat India di Malaysia. Makalah budaya yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia dilihat sebagai cara paling berkesan dan sesuai dalam usaha membantu masyarakat pelbagai kaum, agama, etnik dan latar budaya mengetahui, memahami dan seterusnya menghormati keunikan seni dan budaya masyarakat India. Menyedari hakikat ini, Pemuda MIC Kebangsaan dan Pemuda MIC Negeri Selangor bersetuju bekerjasama dengan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) dalam menganjurkan majlis ilmu bertajuk “Bicara Budaya Kaum India dan Tekad Politik MIC”. Program ini dianjurkan sebagai sebahagian pengisian Temasya Bahasa. Selain daripada sesi diskusi (forum) mengenai keperluan menggunakan Bahasa Malaysia untuk berbincang/menulis tentang budaya kaum India dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, program ini juga meneliti tekad politik (political will) dalam kalangan politikus muda kaum India (MIC) menggunakan Bahasa Malaysia dalam membicarakan budaya kaum India.

Objektif
1. Memupuk penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat India
2. Menggalakkan komunikasi Bahasa Malaysia untuk berkongsi pengalaman budaya kaum India
3. Penerapan unsur didik hibur dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia
4. Menjalinkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
5. Menonjolkan bakat dan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan remaja dan belia kaum India

Tarikh
19 Mac 2017 (Ahad)

Masa
2:30 – 6:00 petang

Tempat
Pejabat MIC Bahagian Shah Alam
59A Jalan Pelabur B 23/B
Seksyen 23, Shah Alam
(Berdekatan Domino’s, Layang 23, JM Gym, Klinik Nadi Iman, Sihat @ Cell)

WazeJalan Pelabur B 23/B

Penganjur
Pemuda MIC Kebangsaan
Pemuda MIC Selangor

Penyelaras
Program diselaraskan oleh Kavyan dan Insaniah dengan penglibatan remaja dan belia sekitar Shah Alam, iaitu peserta Projek Komuniti Kavyan di Taman Sri Muda.

Pendaftaran Peserta
Penyertaan terbuka kepada remaja, belia dan golongan dewasa (umur minimum 14 tahun) pelbagai kaum yang tinggal di sekitar Shah Alam, Selangor. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PENYERTAAN selewat-lewatnya pada 15 Mac 2017. Hanya 40 peserta terawal akan menerima hadiah buku Mandala Bicara (2016).

Tarikh Tutup
Pendaftaran ditutup secara muktamad pada 15 Mac 2017. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Buku Mandala Bicara hanya bagi 40 peserta terawal yang mendaftar dan tiba di tempat acara SEBELUM pukul 3:00 petang pada tarikh acara. Individu yang tidak mendaftar tetapi hadir pada 19 Mac 2017 TIDAK LAYAK menerima hadiah buku. [BORANG PENYERTAAN]

Atur Cara
Berikut rangka atur cara yang disusun dengan mengambil kira rasional dan objektif yang ingin dicapai.

10:00 pagi
Persiapan tempat acara oleh pihak penyelaras

2:00 petang
Persiapan meja pendaftaran

2:30 petang
Pengesahan pendaftaran peserta
(Peserta perlu mendaftar lebih awal)
Ketibaan tetamu, wakil media dan orang ramai (pelbagai kaum)

3:00 petang
Forum Bicara Budaya Kaum India dalam Bahasa Malaysia
Beberapa individu/tokoh akan diundang sebagai panel dalam forum ini.
Hadirin boleh mengemukakan pertanyaan secara lisan atau bertulis.
Sesi bacaan petikan makalah budaya kaum India oleh peserta terpilih.

4:30 petang
Ucapan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Dato’ Sivarraajh Chandran
Penyampaian cenderamata kepada panel forum
Penyampaian cenderamata kepada peserta bacaan petikan makalah
Penyampaian buku Mandala Bicara kepada 40 peserta berdaftar
Penyampaian cenderamata kepada tetamu
Sesi fotografi berkumpulan

5:30 petang
Minum petang
Bersurai

Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Program Berkaitan
Program lain di bawah projek Temasya Bahasa: Pesta Ponggol di Kampung Chetti (4 Februari 2017) dan Penghayatan Bahasa dan Sastera di Taman Sri Muda (26 Februari 2017)

Penutup
Program ini boleh dilaksanakan dengan penuh jaya serta mencapai objektif sekiranya mendapat kerjasama semua pihak terbabit. Kavyan dan Insaniah bersedia meneruskan kerjasama sekiranya mendapat sokongan Pemuda MIC Kebangsaan dan Pemuda MIC Selangor.