Anda bukan seorang penulis tetapi anda mahu
cuba menulis cerpen/puisi Bahasa Malaysia.
Anda ada idea
tetapi anda tidak tahu bagaimana mahu mengolahnya menjadi karya.
Karangan anda
di sekolah pernah dipuji, tetapi habis setakat itu sahajalah.
Anda sedar bahawa anda memiliki bakat/minat
penulisan yang wajar dipupuk.
Anda gemar membaca dan berhajat mempelajari
teknik asas penulisan kreatif.
Anda seorang yang sangat sibuk tetapi anda
mahu mencuri masa untuk menulis.
Anda tidak pandai menulis karya kreatif
tetapi anda sedia untuk belajar.
Walau apa pun situasi anda, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sedia
membantu.
Sesi/bengkel khas sedang dirancang pada Disember 2019 di beberapa lokasi,
khusus untuk anda yang belum pernah menghasilkan karya kreatif seperti puisi
dan cerpen.
(Maka, anda tidak perlu berasa malu untuk
bertanya apa-apa soalan berkaitan asas penulisan kreatif.)
Bayangkan! Pada akhir sesi/bengkel ini, anda
sudah ada karya yang layak diterbitkan.
Hubungi WhatsApp
011-11411952 (Uthaya Sankar SB) hanya jika
anda berminat mempelajari ilmu penulisan karya bermutu.
Lihat juga — Sesi Penulisan Intensif V (November 2019) — Biodata Sasterawan Kavyan — Sesi Penghayatan Karya Sasterawan Kavyan (Oktober 2019) — Bicara Karya Busana Bahasa (November 2019)