11 Jan 2017

Pemimpin Muda Kaum Chetti

Projek
Projek Komuniti Kampung Chetti

Program
Bengkel Pemimpin Muda Kaum Chetti

Tarikh
15 Januari 2017 (Ahad)

Masa
10:00 pagi – 2:00 petang

Tempat
Bilik Bacaan Kampung Chetti Melaka

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)

Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan yang dimulakan di Aulong Lama, Taiping pada Jun 2016 turut dikembangkan ke Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka pada Disember 2016. Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti (11 Disember 2016) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia dan remaja daripada kalangan komuniti Chetti Melaka di Kampung Chetti. Para peserta merancang, membincangkan dan memutuskan untuk menganjurkan Pesta Ponggol di Kampung Chetti pada 4 Februari 2017. Memandangkan kumpulan belia dan remaja ini kurang pengalaman dan pendedahan, maka Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) merancang Bengkel Pemimpin Muda Kaum Chetti, khusus untuk memberikan bimbingan profesional kepada peserta Projek Komuniti Kampung Chetti. Bengkel ini juga menjadi lebih istimewa kerana segala ilmu yang dikongsikan dalam bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam menjayakan program Pesta Ponggal yang bakal dimasukkan dalam projek Temasya Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi (SPVMT).

Peserta
Peserta Bengkel Pemimpin Muda Kaum Chetti terdiri daripada belia dan remaja yang menyertai Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti (11 Disember 2016) serta belia dan remaja yang menganggotai Jawatankuasa Pelaksana Pesta Ponggol (4 Februari 2017). Individu yang tidak mampu menyertai bengkel sepenuhnya dinasihatkan supaya tidak menjadi peserta. Kumpulan pemerhati atau peserta yang tidak mendaftar TIDAK dibenarkan hadir.

Jumlah Peserta
Penyertaan dibuka kepada 20 individu yang mendaftar paling awal.

Pendaftaran Peserta
Belia dan remaja (13-40 tahun) yang berminat menyertai Bengkel Pemimpin Muda Kaum Chetti perlu mengesahkan penyertaan dengan menghubungi T. Sithambaram Pillay (012-3629991) sebelum 13 Januari 2017. Maklumat diri yang diperlukan adalah nama penuh, nombor telefon bimbit, dan nombor kad pengenalan.

Peralatan
Para peserta wajib membawa buku catatan, alat tulis dan sebagainya. Alat tulis diperlukan untuk mencatat nota, dan semasa membuat perbincangan dan pembentangan berkumpulan. Peserta yang gagal membawa buku catatan dan alat tulis akan diminta keluar.

Disiplin dan Ketepatan Masa
Peserta wajib berdisiplin dan mampu menepati masa. Sesiapa yang bermasalah untuk akur pada dua aspek penting ini ternyata tiada ciri kepimpinan, dan dinasihatkan supaya tidak menyertai bengkel ini.

Pembimbing
Bengkel dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB yang merupakan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pengerusi Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah), penulis sepenuh masa, dan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Rangka Atur Cara
Berikut cadangan perjalanan aktiviti. Para peserta diminta menepati masa, iaitu Waktu Kavyan.

8:00 pagi
Wakil Kavyan bertolak dari Shah Alam, Selangor

9:30 pagi
Pengesahan kehadiran peserta di Bilik Bacaan Kampung Chetti
Harap maklum bahawa pemerhati dan peserta tidak berdaftar TIDAK dibenarkan menyertai bengkel ini
Pendaftaran ditutup pada pukul 10:00 pagi

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Ucapan alu-aluan oleh Sumitra Devi Pillay
Penyampaian sijil kepada peserta Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti (11 Disember 2016)

10:30 pagi
Sesi I – Ciri-ciri pemimpin muda
Bagaimana untuk menjadi pemimpin berwibawa

11:00 pagi
Sesi II – Kerja Berkumpulan
Tugasan setiap kumpulan menjelang Pesta Ponggol

12:00 tengah hari
Sesi III – Mengendalikan Acara
Persiapan menyeluruh dan cabaran menjelang Pesta Ponggol

1:00 petang
Sesi IV – Komunikasi Kepimpinan
Pembahagian tugas dan cara komunikasi secara profesional

2:00 petang
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai

Penutup

Bengkel Pemimpin Muda Kampung Chetti diyakini mampu mencungkil serta mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan belia dan remaja di Kampung Chetti, Melaka. Peserta juga akan lebih bersedia dan mampu menjayakan Pesta Ponggol di bawah program Temasya Bahasa pada 4 Februari 2017. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.