Masyarakat Chetti di Kampung Chetti, Jalan Gajah Berang,
Melaka merupakan suatu kelompok komuniti yang amat unik. Bahasa, budaya,
amalan, kepercayaan, dan cara hidup kumpulan minoriti ini wajar ditonjolkan
kepada umum.
Suatu aspek yang menarik adalah bahawa masyarakat Chetti
yang kelihatan seperti orang Tamil/India/Hindu secara fizikal, sebenarnya
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Maka, kelompok ini amat sesuai
ditonjolkan sebagai contoh dan bukti bagaimana budaya dan tradisi masih dapat
dikekalkan walaupun menggunakan bahasa selain daripada bahasa ibunda.
Walaupun pesta ponggal (pesta menuai) lazimnya
disambut komuniti Tamil, sambutan ponggol (ejaan yang berbeza) oleh komuniti Chetti Melaka sedikit berbeza
dan ada keunikan tersendiri.
Sila
KLIK DI SINI untuk membaca maklumat
lanjut berkaitan program kebudayaan ini.