“Saya
rasa bertuah kerana berpeluang menghasilkan sebuah esei Bahasa Malaysia yang dimuatkan dalam antologi Landasan
Hidup. Penyelidikan sangat penting dalam menghasilkan esei berbentuk
fakta. Hal ini demikian kerana penyelidikan memberi ruang kepada penulis untuk
menghasilkan karya yang lebih holistik. Saya menghasilkan esei tersebut
berdasarkan temu bual bersama masyarakat India di Malaysia yang terdiri
daripada golongan biasa, pemimpin, ahli akademik dan ahli pertubuhan bukan
kerajaan (NGO). Akhir sekali, saya berharap bahawa esei ini mampu menjadi satu
wadah yang penting kepada para pemimpin untuk memahami persepsi dan harapan
masyarakat India terhadap kepimpinan negara, terutamanya dalam era Malaysia Baharu.
Pemahaman yang mendalam terhadap masyarakat penting dalam pembentukan strategi
komunikasi dan polisi yang bersesuaian untuk rakyat.” — S. Maartandan Suppiah