16 Mar 2019

Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan di DBP

Program
Semarak Bahasa & Sastera Kebangsaan di DBP

Tarikh
20 April 2019 (Sabtu)

Masa
9:30 pagi – 12:30 tengah hari

Tempat
Anjung DBP, Tingkat Bawah, Menara DBP, Kuala Lumpur

Panduan Waze
Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengenalan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sering bekerjasama menganjurkan program bahasa dan sastera, khususnya melibatkan masyarakat India. Semasa pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran di pejabat beliau pada 19 Februari 2019, turut dibincangkan cadangan mambawa kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa kaum India ke DBP bagi menjayakan program santai berkaitan bahasa, sastera, seni dan budaya. Contoh program sebelum ini — [Sesi Penulisan Intensif] — [Penghayatan Bahasa dan Sastera Kebangsaan] — [Sesi Penulisan Intensif II]

Penganjur
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum DBP
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Objektif
● Memupuk minat membaca dalam kalangan peserta
● Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan peserta
● Membuka ruang bagi penghayatan karya sastera bermutu
● Peluang untuk peserta mengetengahkan bakat seni persembahan

Peserta
Sejumlah tiga puluh (30) kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa kaum India dari pelbagai latar keluarga dan pendidikan. Peserta kaum-kaum lain juga terlibat sama. Mereka merupakan individu yang pernah menyertai pelbagai [rogram anjuran Kavyan sebelum ini. Walau bagaimanapun, inilah kali pertama mereka berpeluang menyertai program di DBP. Sejumlah 30 individu sudah dikenal pasti dan pendaftaran peserta diuruskan oleh Kavyan. [Pendaftaran peserta sudah ditutup pada 26 Mac 2019.]

Bentuk Persembahan
Antara persembahan yang dirancang termasuk baca cerpen, deklamasi sajak, menyanyi, bercerita, berlakon, bermain alat muzik tradisional, dan tarian tradisional India.

Latihan Peserta
Sesi latihan peserta akan dikendalikan dan diuruskan oleh Kavyan di beberapa lokasi pada 30 Mac, 6 April dan 13 April 2019 sebagai persiapan bagi program ini.

Jadual dan Pengisian Program
Rangka atur cara dan pengisian program pada 20 April 2019 adalah seperti berikut.

Masa
Aktiviti
9:30 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan kehadiran (untuk sijil)
10:00 pagi
Persembahan peserta (kumpulan dan individu)
11:30 pagi
Ucapan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum

Ucapan Datuk Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengenbangan Bahasa dan Sastera

Penyampaian Cenderamata (Buku DBP) dan Sijil Penyertaan
12:00 t/hari
Makan tengah hari

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan mengenai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.