Tarikh: 29 November 2025
(Sabtu)
Masa: 3.00
petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Restoran Anak
Baba, Brickfields, Kuala Lumpur
Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
Pengenalan
Memandangkan
pertemuan melibatkan penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya pelbagai
bahasa tidak selalu diadakan pihak lain, Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) dengan sokongan dan kerjasama Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif
Malaysia (PERSPEKTIF) dan Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia (MTWA) mengatur
sesi Pertemuan
Penulis Pelbagai Kaum pada 25 Oktober 2025 bagi membuka
ruang pertemuan, perbincangan, dan jalinan mesra melibatkan penulis pelbagai kaum yang terlibat dalam penulisan pelbagai bahasa.
Pertemuan itu mendapat sambutan positif dan para peserta bersetuju supaya sesi
serupa diteruskan dari semasa ke semasa. “Penulis pelbagai kaum” merujuk kepada
penulis mana-mana kaum/etnik yang merupakan warganegara Malaysia. “Pelbagai
bahasa” merujuk kepada mana-mana bahasa yang digunakan oleh penulis warganegara
Malaysia untuk menghasilkan karya.
Bahasa Komunikasi
Selaras peruntukan
Perlembagaan
Kavyan, penggunaan Bahasa Malaysia diutamakan, namun bahasa
Inggeris (English), Tamil (தமிழ்), dan Mandarin/Cina (中文) boleh digunakan oleh peserta
mengikut keselesaan masing-masing. Penterjemahan ringkas oleh peserta lain akan
dilakukan bagi peserta yang meggunakan bahasa Tamil/Cina.
Pendaftaran Peserta
Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum: Sesi 2 dikendalikan dalam kumpulan kecil (eksklusif)
dan dihadkan kepada 10 orang yang mendaftar paling awal. Tolong jangan mendaftar jika anda tidak
mampu memberikan komitmen penuh. Jika anda mendaftar tetapi tidak dapat hadir, anda
merampas hak penulis lain yang mahu hadir. Untuk mendaftar, sila
hantar nama penuh dan nombor telefon ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).
Pendaftaran ditutup sebaik sudah ada 10 peserta. Konsep “siapa cepat, dia dapat”
digunakan.
[Kemas kini: Sehingga 27 Oktober 2025, 3:00 petang, sudah ada 4 penulis mendaftar sebagai peserta]
Nasihat kepada Peserta
Sesi pertemuan ini hanya
bagi peserta berdaftar.
Tolong jangan datang lewat
bergaya (fashionably late) kerana tindakan
itu membuktikan anda tidak berdisiplin, tidak mampu mengatur jadual, tidak
menghormati sesi pertemuan, dan tidak menghormati para peserta lain.
Para
peserta juga perlulah menghormati semua peserta dan mengelak daripada terlibat
dalam perbualan kecil sesama sendiri semasa sesi berlangsung. Pemudah cara perlu
menegur secara langsung (direct) jika
keadaan ini berlaku.
Sila pastikan setiap peserta mendapat peluang sama rata. Jangan menjadi
tamak dan mahu bercakap selama 15 minit tanpa henti sehingga peserta lain tiada
peluang untuk berkongsi idea/topik/isu yang lebih penting dan bermanfaat.
Pemudah cara perlu meminta peserta berhenti jika bercakap terlalu lama.
Atur Cara dan Pengisian
Berikut tentatif
Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum: Sesi 2
2:30 petang
Persiapan ruang acara dan menyusun meja
Ketibaan peserta berdaftar
Uthaya Sankar SB menjadi pemudah cara (moderator) dan
bertanggungjawab memastikan setiap peserta mendapat ruang serta peluang saksama.
Pemudah cara juga bertanggungjawab memastikan keseluruhan program berjalan
lancar dan profesional.
3:00 petang [Waktu Kavyan]
“Membaca Petikan Karya”
Setiap peserta membacakan petikan karya terbaharu
(2025). Karya mestilah karya sendiri dan bukannya karya penulis lain. Bagi
penterjemah, perlu maklumkan nama penulis asal karya yang diterjemahkan oleh
peserta itu. Peserta berkongsi (a) proses
kreatif, (b) pengalaman menulis, (c) proses dilalui sehingga karya
terbit, dan (d) keunikan karya itu.
4:00 petang
“Perkembangan Semasa Sastera
Malaysia”
Para peserta membincangkan apa-apa topik
terkini berkaitan bidang sastera dan penulisan (pelbagai bahasa) di Malaysia.
Bagi setiap topik, bukan hanya membincangkan “masalah” tetapi perlu turut
mencadangkan “penyelesaian” secara konstruktif.
Antara topik yang mungkin menarik perhatian: Kesukaran menerbitkan karya, peluang
penulisan di media, karya/buku terbaharu dalam pasaran, tokoh penulis yang
kurang diberi perhatian, kesan kecerdasan buatan (AI) kepada penulis.
5:00 petang
“Merancang Aktiviti Penulis Pelbagai Kaum”
Peserta mencadangkan dan membincangkan
aktiviti yang boleh dianjurkan bersama pada masa depan. Individu yang mengemukakan
cadangan mestilah bersedia menjadi penyelaras bagi program berkenaan. Wakil
persatuan boleh melaporkan (secara amat,
amat, amat ringkas) aktiviti pada Oktober-November
2025 dan mempromosi (secara amat, amat, amat ringkas) aktiviti terbaharu dalam masa terdekat. Perkembangan
aktiviti yang dirancang dalam pertemuan 25
Oktober 2025 juga boleh dibincangkan (tetapi hanya jika ada perkembangan)—misalnya:
Sesi pertemuan khas dengan penulis Tamil, antologi cerpen terjemahan penulis
veteran (Tamil).
Rakaman Foto dan Video
Para peserta
dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Rakaman video
oleh Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube.
Foto pula untuk paparan di media sosial seperti Facebook, Twitter (X) dan Instagram.
Pertanyaan
Jika ada sebarang
pertanyaan, sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952.
Harap maklum bahawa sebarang pertanyaan dan mesej berkaitan Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum tidak akan dilayan
dan tidak akan dibalas selepas 26
November 2025 (10:00 malam).
