27 Oct 2025

Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum: Sesi 2

Tarikh: 29 November 2025 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields, Kuala Lumpur

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

 

Pengenalan

Memandangkan pertemuan melibatkan penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya pelbagai bahasa tidak selalu diadakan pihak lain, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) dengan sokongan dan kerjasama Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) dan Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia (MTWA) mengatur sesi Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum pada 25 Oktober 2025 bagi membuka ruang pertemuan, perbincangan, dan jalinan mesra melibatkan penulis pelbagai kaum yang terlibat dalam penulisan pelbagai bahasa. Pertemuan itu mendapat sambutan positif dan para peserta bersetuju supaya sesi serupa diteruskan dari semasa ke semasa. “Penulis pelbagai kaum” merujuk kepada penulis mana-mana kaum/etnik yang merupakan warganegara Malaysia. “Pelbagai bahasa” merujuk kepada mana-mana bahasa yang digunakan oleh penulis warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya.

 

Bahasa Komunikasi

Selaras peruntukan Perlembagaan Kavyan, penggunaan Bahasa Malaysia diutamakan, namun bahasa Inggeris (English), Tamil (தமிழ்), dan Mandarin/Cina (中文) boleh digunakan oleh peserta mengikut keselesaan masing-masing. Penterjemahan ringkas oleh peserta lain akan dilakukan bagi peserta yang meggunakan bahasa Tamil/Cina.

 

Pendaftaran Peserta

Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum: Sesi 2 dikendalikan dalam kumpulan kecil (eksklusif) dan dihadkan kepada 10 orang yang mendaftar paling awal. Tolong jangan mendaftar jika anda tidak mampu memberikan komitmen penuh. Jika anda mendaftar tetapi tidak dapat hadir, anda merampas hak penulis lain yang mahu hadir. Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh dan nombor telefon ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik sudah ada 10 peserta. Konsep “siapa cepat, dia dapat” digunakan.

[Kemas kini: Sehingga 27 Oktober 2025, 3:00 petang, sudah ada 4 penulis mendaftar sebagai peserta]

 

Nasihat kepada Peserta

Sesi pertemuan ini hanya bagi peserta berdaftar.

Tolong jangan datang lewat bergaya (fashionably late) kerana tindakan itu membuktikan anda tidak berdisiplin, tidak mampu mengatur jadual, tidak menghormati sesi pertemuan, dan tidak menghormati para peserta lain.

Para peserta juga perlulah menghormati semua peserta dan mengelak daripada terlibat dalam perbualan kecil sesama sendiri semasa sesi berlangsung. Pemudah cara perlu menegur secara langsung (direct) jika keadaan ini berlaku.

Sila pastikan setiap peserta mendapat peluang sama rata. Jangan menjadi tamak dan mahu bercakap selama 15 minit tanpa henti sehingga peserta lain tiada peluang untuk berkongsi idea/topik/isu yang lebih penting dan bermanfaat. Pemudah cara perlu meminta peserta berhenti jika bercakap terlalu lama.

 

Atur Cara dan Pengisian

Berikut tentatif Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum: Sesi 2


2:30 petang

Persiapan ruang acara dan menyusun meja

Ketibaan peserta berdaftar

Uthaya Sankar SB menjadi pemudah cara (moderator) dan bertanggungjawab memastikan setiap peserta mendapat ruang serta peluang saksama. Pemudah cara juga bertanggungjawab memastikan keseluruhan program berjalan lancar dan profesional.


3:00 petang [Waktu Kavyan]

“Membaca Petikan Karya”

Setiap peserta membacakan petikan karya terbaharu (2025). Karya mestilah karya sendiri dan bukannya karya penulis lain. Bagi penterjemah, perlu maklumkan nama penulis asal karya yang diterjemahkan oleh peserta itu. Peserta berkongsi (a) proses kreatif, (b) pengalaman menulis, (c) proses dilalui sehingga karya terbit, dan (d) keunikan karya itu.


4:00 petang

“Perkembangan Semasa Sastera Malaysia”

Para peserta membincangkan apa-apa topik terkini berkaitan bidang sastera dan penulisan (pelbagai bahasa) di Malaysia. Bagi setiap topik, bukan hanya membincangkan “masalah” tetapi perlu turut mencadangkan “penyelesaian” secara konstruktif.

Antara topik yang mungkin menarik perhatian: Kesukaran menerbitkan karya, peluang penulisan di media, karya/buku terbaharu dalam pasaran, tokoh penulis yang kurang diberi perhatian, kesan kecerdasan buatan (AI) kepada penulis.


5:00 petang

 “Merancang Aktiviti Penulis Pelbagai Kaum”

Peserta mencadangkan dan membincangkan aktiviti yang boleh dianjurkan bersama pada masa depan. Individu yang mengemukakan cadangan mestilah bersedia menjadi penyelaras bagi program berkenaan. Wakil persatuan boleh melaporkan (secara amat, amat, amat ringkas) aktiviti pada Oktober-November 2025 dan mempromosi (secara amat, amat, amat ringkas) aktiviti terbaharu dalam masa terdekat. Perkembangan aktiviti yang dirancang dalam pertemuan 25 Oktober 2025 juga boleh dibincangkan (tetapi hanya jika ada perkembangan)—misalnya: Sesi pertemuan khas dengan penulis Tamil, antologi cerpen terjemahan penulis veteran (Tamil).

 

Rakaman Foto dan Video

Para peserta dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Rakaman video oleh Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube. Foto pula untuk paparan di media sosial seperti Facebook, Twitter (X) dan Instagram.

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952. Harap maklum bahawa sebarang pertanyaan dan mesej berkaitan Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum tidak akan dilayan dan tidak akan dibalas selepas 26 November 2025 (10:00 malam).