1 May 2025

Program Didik Hibur di SK Sri Langat, Banting

Program: Didik Hibur—Membaca Cerpen

Sempena: Minggu Pusat Sumber Sekolah

Tarikh: 30 April 2025 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: SK Sri Langat, Banting, Selangor

Pembimbing: Uthaya Sankar SB

Penyelaras (Kavyan): Anuradha Chelliah

 

Program ini bertujuan memberi pendedahan, panduan serta motivasi kepada murid-murid Tahun 5 dan 6 dalam kemahiran membaca cerpen, serta tatacara menggunakan media sosial selaras pembangunan sahsiah dan keyakinan diri kanak-kanak. [Foto di sini] [Video di sini]

Sejumlah 50 murid yang menjadi peserta dibahagi kepada lima kumpulan. Setiap peserta menerima senaskhah majalah Melur (Isu 5).

Peserta membaca cerpen “Gangguan di Alam Maya” tulisan Uthaya dan menandakan perkataan-perkataan baharu atau tidak difahami maksud. Perkataan-perkataan itu diterangkan makna—khususnya istilah “amang seksual” (sexual assault) dan “pengantunan seksual” (sexual grooming).

Tonton: [Makna Amang Seksual] - [Berita Kes Amang Seksual]

Seterusnya, peserta berlatih dalam kumpulan untuk membaca petikan cerpen. Kemudian, mereka tampil ke hadapan untuk membaca petikan itu secara bergilir-gilir. Tonton: [Video 1] [Video 2] [Video 3] [Video 4] [Video 5]

Program ini diharap mencapai objektif iaitu menggalakkan murid-murid terhibur membaca cerpen tetapi pada masa sama, menimba ilmu berguna tentang topik amang seksual dan pengantunan seksual.

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).

No comments: