19 Jun 2009

Pelancaran Festival Kuala Lumpur

Kumpulan Sasterawan Kavyan terlibat sama dalam menjayakan aktiviti bahasa dan sastera sempena Festival Kuala Lumpur (1-31 Julai 2009).
.
Kavyan mengucapkan terima kasih kepada MCA, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Pasar Seni Kuala Lumpur, Wira Bukit Sdn Bhd dan UA Enterprises Sdn Bhd kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan tiga aktiviti besar yang dirancang.

Aktiviti berkenaan adalah “Bengkel Baca Cerpen Kanak-kanak” (5 Julai 2009), “Pelancaran Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia” (12 Julai 2009) dan “Baca Puisi Sasterawan Negara” (19 Julai 2009). [MAKLUMAT DI SINI]

Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur 2009 dengan tema “Satu Malaysia: Di Sini Semaraknya Seni!” akan berlangsung pada 30 Jun 2009 (Selasa), 8:30 malam di Auditorium Perdana, RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Mengikut kad undangan yang diterima oleh pihak Kavyan pada 18 Jun 2009, majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pengesahan kehadiran perlu dilakukan SELEWAT-LEWATNYA pada 22 Jun 2009 (Isnin).

Maka, sesiapa yang ingin hadir mewakili Kavyan sila lakukan pengesahan dengan mengirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my atau SMS ke 012-3368142. [Setiap e-mel yang diterima akan dibalas manakala SMS tidak akan dibalas.]

Catatan 1: Pakaian pada majlis pelancaran – Batik/Kemas.

Catatan 2: Kavyan boleh diwakili oleh peserta pelbagai kaum ke majlis ini; apatah lagi aktiviti Kavyan melibatkan peserta pelbagai kaum.

No comments: