7 Jan 2020

Ayuh ke DBP 2.0

Acara: Ayuh ke DBP 2.0
Pengisian 1: Bicara Karya Sasterawan Kavyan-DBP
Pengisian 2: Baca Karya Sasterawan Kavyan-DBP
Tarikh: 15 Februari 2020 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Anjung DBP (Kedai Buku), Tingkat Bawah, Menara DBP, Kuala Lumpur
Waze: Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa

Bicara Karya Sasterawan Kavyan-DBP

Dr S. Maartandan Suppiah dan Uthaya Sankar SB memperkatakan mengenai penglibatan penulis kaum India dalam Sastera Kebangsaan sejak tahun 1970-an.

Baca Karya Sasterawan Kavyan-DBP

Seramai 23 peserta pelbagai kaum [tanpa mengira kaum], pelbagai umur, dan pelbagai latar belakang terlibat dalam sesi baca karya (sajak, cerpen, esei) daripada majalah dan buku terbitan DBP.

Apabila penyertaan ditutup pada 5 Februari 2020, sejumlah 23 individu yang berminat dan memenuhi kriteria/syarat berikut telahmendaftar sebagai peserta:

1. Berumur minimum 10 tahun.

2. Setiap peserta wajib membawa bersama minimum dua penonton – sama ada ahli keluarga, atau rakan-rakan.

3. Membaca sajak, atau petikan cerpen, atau petikan novel, atau petikan esei untuk maksimum 5 minit sahaja.

4. Karya mestilah dipilih sendiri daripada terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); sama ada buku/antologi, atau majalah.

5. Karya mestilah dalam Bahasa Malaysia.

6. Bacaan karya perlulah dilakukan secara kreatif; bukan membaca secara membosankan seperti membaca kepada diri sendiri.

7. Bacaan karya secara individu; bukan secara berpasangan atau berkumpulan.

8. Bersetuju hadir sepenuhnya, iaitu dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

9. Bersetuju memberi tumpuan penuh sepanjang acara berlangsung.

10. Memastikan dua penonton yang dibawa turut memberi tumpuan penuh sepanjang acara berlangsung.

Jika ada pertanyaan, hubungi Whatsapp 011-11411952 (Uthaya) atau e-mel uthayasb@gmail.com




[Lihat juga Antologi Landasan Hidup]

[Lihat juga Vetalam dan Vikramaditya]