Monday, 22 February 2016

Kemukakan Cadangan Aktiviti

Peluang dibuka kepada orang ramai – termasuk bukan ahli Kavyan – untuk mengemukakan cadangan aktiviti kecil-kecilan berkaitan bahasa, sastera, seni dan budaya.

Sejak diasaskan pada 1999, aktiviti Kavyan memang tidak melibatkan peruntukan besar.

Peruntukan bulanan yang disediakan adalah RM250 sahaja bagi setiap aktiviti. Jumlah maksimum adalah 10 aktiviti; iaitu Mac-Disember 2016.

Sekiranya tiada aktiviti dicadangkan bagi bulan berkenaan, wang tersebut akan dipulangkan kepada penyumbang. (Wang tidak boleh dibawa ke hadapan atau digabungkan dengan aktiviti lain.)

Individu yang mengemukakan cadangan tidak semestinya mengendalikan aktiviti berkenaan; tetapi perlu sekurang-kurangnya terlibat sama sebagai peserta.

Setiap aktiviti perlu ada minimum 10 peserta. Sebaik-baiknya pelbagai kaum. Umur peserta perlu sesuai dengan aktiviti. Tempat aktiviti boleh dicadangkan dan dibincangkan.

Jika anda ada cadangan aktiviti dan sekitar 10 individu yang berminat menjadi peserta (tetapi anda tidak mampu mengendalikan aktiviti berkenaan), maka kemukakan cadangan kepada Kavyan.

Sekiranya peruntukan RM250 tidak mencukupi, maka peserta boleh dikenakan bayaran minimum bagi menampung kos.

Aktiviti perlu dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, serta ada kaitan dengan sastera, seni atau budaya kaum India. Peserta pelbagai kaum digalakkan.

Contoh aktiviti: Bengkel penulisan cerpen, bengkel penulisan makalah, diskusi buku, baca cerpen, baca sajak, demonstrasi masakan, demonstrasi tarian, persembahan drama, ceramah motivasi, penghayatan bahasa dan sastera, sesi dialog, forum.

Sebagai contoh mudah, aktiviti diskusi buku atau baca cerpen boleh diadakan dengan melibatkan 10 peserta. Peserta menerima cenderamata buku berharga RM20 (RM20 x 10 = RM200). Minum petang RM5 x 10 = RM50. Jumlah RM250. Tempat aktiviti: Rumah Kavyan.

Satu lagi contoh mudah, aktiviti bengkel penulisan (cerpen, berita atau rencana) melibatkan 10 peserta. Peserta menerima cenderamata buku berharga RM20 (RM20 x 10 = RM200). Minum petang RM5 x 10 = RM50. Peserta dikenakan bayaran RM10 untuk menampung kos makan tengah hari, nota dan sijil.

Lagi contoh mudah, anda mahu berkongsi ilmu anda (bahasa, sastera, seni, budaya) dengan 15 rakan. Anda sediakan 15 peserta, Kavyan sediakan tempat. Anda dibayar RM100 sebagai penceramah. Baki RM150 untuk kos makan-minum peserta.

Senarai aktiviti yang dicadangkan oleh anda (akan dikemas kini):

Mac 2016 - Sesi bersama guru (pencadang: Anuradha Chelliah)
April 2016 - 
Mei 2016 - Sesi bersama pelajar (pencadang: Prabhawathy Govindarajoo)
Jun 2016 - 
Julai 2016 - 
Ogos 2016 - 
September 2016 - 
Oktober 2016 - 
November 2016 - 
Disember 2016 - 

Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau Uthaya Sankar SB (Facebook, telefon atau WhatsApp) untuk perbincangan lanjut supaya aktiviti yang anda bayangkan boleh menjadi realiti.