Bengkel yang dikendalikan ini bukan berorientasikan peperiksaan, sebaliknya membantu peserta memahami cara menghasilkan karangan tidak berformat yang memenuhi ciri-ciri cereka bermutu.
Peserta akan dibimbing wakil Kavyan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan penulisan kreatif Bahasa Malaysia.
Tumpuan khusus diberikan kepada penulisan karangan berbentuk autobiografi, biografi, menyambung cerita, peribahasa dan cereka Bahasa Malaysia.
Para peserta juga berpeluang mengetahui dan memahami ciri-ciri cereka bermutu serta cara menghasilkan cereka yang baik.
Objektif penganjuran “Bengkel Penulisan Cereka UPSR” adalah mencungkil bakat penulisan cereka dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka boleh meneruskan bakat dan minat ke arah menghasilkan cerpen bermutu pada masa hadapan.
Kavyan juga berusaha memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak pelbagai kaum melalui aktiviti ini.
Senarai tarikh dan tempat yang sudah dirancang boleh dirujuk DI SINI manakala mana-mana pihak yang berminat mengundang Kavyan mengendalikan “Bengkel Penulisan Cereka UPSR” perlu membuat tempahan dua bulan lebih awal untuk memudahkan urusan.
Sila ambil perhatian bahawa hanya peserta yang mendaftar lebih awal dibenarkan menyertai bengkel ini. Kavyan tidak akan melayan mana-mana peserta yang “tiba-tiba muncul di tempat acara” kerana tempat adalah terhad.
Mana-mana individu yang menyertai mana-mana aktiviti Kavyan diingatkan supaya patuh pada masa yang ditetapkan. “Waktu Kavyan” bermakna “masa sebagaimana dinyatakan; bukan setengah jam kemudian”. [Maklumat lanjut DI SINI] Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengenal pasti lokasi aktiviti sekurang-kurangnya sehari sebelum acara. Sebarang pertanyaan mengenai lokasi dan panduan jalan pada hari acara tidak akan dilayan.
No comments:
Post a Comment