Tarikh: 23 Ogos 2025
(Sabtu)
Masa: 3.00
petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Restoran Anak
Baba, Brickfields
Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
Anjuran:
Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)
Pengenalan
Subramania Bharati @ Chinnaswami Subramaniyan (11 Disember 1882 – 11
September 1921) terkenal sebagai penyair yang memperjuangkan kemerdekaan negara
India dan kecintaan terhadap bahasa Tamil. Penyair ini
menguasai pelbagai bahasa termasuk Bengali, Hindi, Sanskrit, dan Inggeris.
Beliau juga menterjemah karya bahasa-bahasa lain ke bahasa Tamil. Namun, beliau
dengan tegas mengatakan bahawa tiada bahasa lain di dunia ini yang lebih indah
daripada bahasa Tamil. Selain menterjemah Bhagavad Gita kepada bahasa
Tamil, Bharati juga menghasilkan Kannan Paatu, Kuyil Paatu, dan Panjali
Sabatham. Banyak sajak ciptaannya dijadikan lagu, dan masih diberi
nafas baharu oleh pemuzik muda serta dimasukkan dalam filem Tamil.
Bicara Bharati di Anak Baba
Susulan
kejayaan sesi Bicara
Tagore di Anak Baba (27 Julai 2025), Pertubuhan Sasterawan
Kaum India (Kavyan)
mengatur sesi Bicara Bharati di Anak Baba
bagi meraikan sajak dan lagu puisi penyair berkenaan, serta mengaitkannya
dengan kehidupan kontemporari masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Program
dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Tamil serta terbuka kepada
sesiapa yang berminat (tetapi wajib
mendaftar lebih awal).
Atur Cara dan Pengisian
Berikut tentatif
sesi Bicara Bharati di Anak Baba
2:45 petang
Persiapan
ruang acara
Ketibaan peserta
dan hadirin
Orang ramai
boleh membeli makanan/minuman di kaunter
3:00 petang [Waktu Kavyan]
“Meraikan Puisi Bharati dalam
Pelbagai Bahasa”
Persembahan tiga buah puisi Bharati dalam Bahasa
Malaysia, Tamil, dan Inggeris.
Puisi Satu: “Agni Kunju”
Bahasa Tamil
Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia
Puisi Dua: “Nallathor Veenai”
Bahasa Tamil
Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia oleh Uthaya Sankar SB
Puisi Tiga: “Achamillai”
Bahasa Tamil
Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia oleh Uthaya Sankar SB
“Diskusi: Puisi Bharati dan
Bangsa Malaysia Hari Ini”
Panel 1: Mahi Ramakrishnan
Panel 2: Kanaga
Manickkam
Panel 3: Anuradha Chelliah
Panel 4: M. Mahendran
Panel 5: Manimekalai Rajan
Panel 6: Rupa Subramaniam
Moderator: Uthaya Sankar SB
“Puisi dan Pertanyaan: Sesi
Perkongsian”
Sesi soal-jawab dan perkongsian melibatkan
peserta/hadirin
Sesi menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keselesaan para peserta/hadirin.
Rakaman Foto dan Video
Para
hadirin dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Harap maklum
bahawa semua foto dan video yang dirakam oleh Uthaya sepanjang sesi adalah
untuk dokumentasi Kavyan dan tidak akan diberi kepada sesiapa. Rakaman video oleh
Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube.
Foto pula untuk paparan di media sosial
Facebook - [Foto oleh Mahi Ramakrishnan] - [Foto oleh M. Mahendran]
YouTube - [Video oleh Uthaya Sankar SB]
Pendaftaran Peserta
Sesi Bicara Bharati di Anak Baba dikendalikan
dalam kumpulan kecil dan dihadkan kepada 20 orang yang mendaftar lebih awal. Untuk mendaftar,
sila hantar nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Keutamaan bagi peserta yang mahu terlibat
dalam sesi soal-jawab dan baca puisi semasa sesi perkongsian. Pendaftaran ditutup
pada 19 Ogos 2025 (10:00 malam),
atau mungkin ditutup lebih awal jika
sudah ada maksimum 20 peserta/hadirin.
Senarai Hadirin
- Mahi Ramakrishnan
- M. Mahendran
- Uthaya Sankar SB
- V. Malarveli S. Vellaigan
- Manimekalai Rajan
- Anuradha Chelliah
- Rupa Subramaniam
- Vasudevan Letchumanan
- Jessilyn Angel Jayadass
- Keerthana Tamilmani
- Kirthigan Pandian
- Sharveeshwarry Subramaniam
- Kanaga Manickkam
Terima kasih kepada para hadirin yang menjadikan acara
lebih bermakna.
Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya menerusi WhatsApp 011-11411952. Harap maklum bahawa sebarang pertanyaan dan
mesej berkaitan Bicara Bharati di Anak
Baba tidak
akan dilayan dan tidak akan dibalas selepas 19 Ogos 2025 (10:00
malam).