24 Jan 2013

Jangan Bakar Kitab Suci

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB pada 24 Januari 2013 di Shah Alam, Selangor:
 
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mana-mana pihak membakar buku sebagai tanda protes. Pendirian dan ketegasan Kavyan adalah sama seperti pegangan dalam insiden novel Interlok: Edisi Murid yang dilaporkan dibakar pihak tertentu pada Januari 2011 – BACA DI SINI.
 
Kalaulah Kavyan menentang keras perbuatan membakar buku cerita/fiksyen/novel, tentulah bantahan lebih keras ditujukan kepada mana-mana pihak yang mahu membakar – atau meminta orang lain membakar – buku-buku berupa kitab suci mana-mana agama.
 
Kavyan kecewa dengan tindakan mana-mana pihak yang tergamak menghasut orang ramai membakar mana-mana kitab suci mana-mana agama. Perbuatan itu adalah berbentuk menimbulkan hura-hara dan perlu diambil tindakan tegas demi keharmonian penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
 
Semoga mana-mana pihak/individu yang meminta/menghasut pembakaran mana-mana kitab suci mana-mana agama segera menarik balik kenyataan itu dan segera insaf atas kesilapan yang dilakukan.

Nota: Kenyataan media ini disiarkan sepenuhnya di Projek Dialog pada 24 Januari 2013. Sila KLIK DI SINI untuk membacanya. Mahathir Mohammad membela Ibrahim Ali dalam isu cadangan membakar Bible - BACA DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!