2 Jun 2010

Bengkel Cereka Dapat Sambutan Luar Jangkaan

SHAH ALAM – Bengkel Cereka UPSR anjuran majalah e-baca terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), di sini, pada 29 Mei 2010, mendapat sambutan di luar dugaan.
.

Setiausaha Kavyan, Prabhawathy Govindarajoo berkata, walaupun penyertaan awal hanya dianggarkan 20 murid, akhirnya 40 peserta menghadiri bengkel berkenaan.

.

“Kami tidak mahu mengendalikan bengkel dalam jumlah yang besar kerana objektif Kavyan adalah memberi perhatian dan tumpuan kepada setiap murid yang datang untuk mendalami ilmu penulisan karangan berbentuk cereka,” katanya.

.

Peserta dibimbing Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang juga penulis ruangan “Cereka UPSR” dalam majalah e-baca.

.

Prabhawathy berkata, harapan Kavyan bukan setakat membantu murid-murid menulis karangan bermutu dalam peperiksaan, malah memupuk minat dan bakat penulisan kreatif sejak kecil.

.

“Karangan berbentuk cereka atau karya kreatif bermutu yang dihasilkan murid-murid ini akan dinilai, disunting dan disiarkan dalam majalah e-baca sebagai mengiktiraf bakat mereka,” katanya.

.

Orang ramai boleh merujuk www.kavyan.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai bengkel penulisan seumpama ini.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!