28 Jun 2010

Baca Cerpen Kavyan 2010

SHAH ALAM - Bagi memeriahkan lagi Pesta Buku Selangor yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam sehingga 5 Julai nanti, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menganjurkan acara Baca Cerpen Kavyan, semalam.
.

Acara ini menampilkan 15 peserta pelbagai kaum dan peringkat umur membaca petikan cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan penulis kaum India yang bernaung di bawah Kavyan.

.

Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menonjolkan bakat membaca cerpen dengan penuh gaya di khalayak ramai.

.

Peserta menerima sijil penyertaan, cenderamata sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan buku [Kathakali dan Rudra Avatara] sumbangan Kavyan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!