8 Nov 2009

Membaca di Dalam Kereta Api

Berikut skrip berita sebagaimana disiarkan menerusi Bernama Radio24 pada 11:00 pagi, 8 November 2009:

Kempen Galakan Membaca anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapat sentuhan menarik apabila ia bekerjasama dengan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kedua-dua pihak berkenaan bekerjasama dalam menjayakan Kempen Membaca di Dalam Kereta Api pada pagi ini.

Kempen berupa aktiviti membaca ini bermula di KL Sentral di mana masyarakat pelbagai kaum sama-sama menaiki tren kereta api menuju ke Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah PNM, Dato’ Raslin Abu Bakar berkata, sepanjang perjalanan pergi-balik, para penumpang kereta api akan terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan buku dan pembacaan.

Antaranya, membaca buku secara beramai-ramai, mendengar cerita, kuiz dan membaca buku secara bergilir-gilir.

Aktiviti ini dijangka mencatat nama dalam “The Malaysia Book of Records” bagi aktiviti membaca secara beramai-ramai yang pertama kali di dalam kereta api yang sedang dalam perjalanan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!